Selasa, 2 April 2019 | 9:13pm
Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (lima kiri) bersama Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil (tiga kanan), Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (empat kanan), Ketua Pegawai Operasi NSTP, Yushaimi Maulud Yahaya (kiri), Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustafa Omar (empat kiri), Bekas Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail (tiga kiri) dan Bekas Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad @ Salim Bachok memotong pulut kuning sempena majlis Jamuan Ulangtahun Harian Metro Ke -28 di Balai Berita Bangsar. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Harian Metro sambut ulang tahun ke-28

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-28 Harian Metro di Balai Berita Bangsar di sini hari ini, meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu terdiri daripada kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), rakan industri dan selebriti tanah air.

Antara tetamu ialah Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor dan Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Abdul Rashid Yusof.

Hadir sama, bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan bekas Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail serta Ahmad @ Salim Bachok.

Selebriti yang hadir ialah Khai Bahar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Forteen, Fitri Haris, Nabila Razali, Nazim Othman, Lan Solo, Zoey Rahman dan Afieq Syazwan.

Kakitangan NSTP yang hadir sempena majlis Jamuan Ulangtahun Harian Metro Ke -28 di Balai Berita Bangsar. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Kakitangan NSTP yang hadir sempena majlis Jamuan Ulangtahun Harian Metro Ke -28 di Balai Berita Bangsar. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Tuan Asri dalam ucapannya, berkata sambutan berkenaan diadakan bagi meraikan kakitangan Harian Metro yang melalui pelbagai transformasi dalam memastikan akhbar dan kandungan berita di dalamnya kekal relevan.

“Alhamdulillah, Harian Metro kini berusia 28 tahun dan diharap semua kakitangan dapat bekerjasama dalam memacu kemajuan syarikat,” katanya.

Berita Harian X