Isnin, 1 April 2019 | 8:40pm
Menteri di Jabatan Perdana (Agama), Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berbincang bersama pegawainya sebelum menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat, Parlimen. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Menteri di Jabatan Perdana (Agama), Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berbincang bersama pegawainya sebelum menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat, Parlimen. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Belum tiba masa umum hibah TH

KUALA LUMPUR: Bayaran hibah bagi tahun kewangan 2018 kepada pendeposit Tabung Haji (TH) akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan.

Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1985.

“Kita mahu memastikan pemberian hibah kepada pendeposit TH menepati Akta Lembaga Tabung Haji 1995,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Mujahid dilaporkan berkata bayaran hibah bagi tahun 2018 kepada pendeposit TH dijangka diumumkan pada Mac.

Sementara itu, Mujahid berkata TH sudah memulihkan imbangan aset apabila nilai asetnya mencatatkan RM76.5 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM75.5 bilion setakat Disember 2018.

Katanya, sebelum ini TH mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion.

Beliau berkata, pencapaian itu adalah hasil kejayaan daripada pemulihan dan penstrukturan semula agensi berkenaan tahun lalu.

Beliau turut menegaskan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan tidak menjejaskan kepentingan pendeposit Tabung Haji (TH).

“Penubuhan SPV yang diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan untuk membantu mengambil alih aset TH yang didakwa tidak membawa keuntungan,” katanya.

Berita Harian X