Khamis, 14 Disember 2017 | 7:53pm
Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid (dua kanan) menunjukan keratan lama akhbar kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM, Ir Mohd Suhaimi Hassan (kiri) di NSTP Resource Centre sempena lawatan kerja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Balai Berita. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Rombongan LLM lawat Balai Berita

KUALA LUMPUR: Lebih 30 pengurusan kanan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pemegang konsesi lebuh raya melawat ibu pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Balai Berita.

Mengetuai rombongan itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM, Mohd Suhaimi Hassan.

Mereka diraikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk Yushaimi Maulud Yahaya; Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib; Penulis Khas Kanan BH, Saidon Idris; dan Pengarang Bersekutu Rencana Harian Metro, Husain Jahit.

Rombongan antara lain melawat Jabatan Pengarang BH dan Pusat Sumber NSTP dan diberi taklimat mengenai operasi media.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid (dua kiri) bersama Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM, Ir Mohd Suhaimi Hassan (kanan) pada lawatan kerja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Balai Berita. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Berita Harian X