Jumaat, 27 Oktober 2017 | 8:02pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Lonjak sektor hartanah: BDB

KUALA LUMPUR: Skim Pembiayaan Fleksibel yang diperkenalkan kepada pemaju perumahan swasta dalam Bajet 2018 mampu memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff, berkata pihaknya menyambut baik peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan sektor hartanah, khususnya pemilikan kediaman.

"Kami mengalu-alukan usaha kerajaan melanjutkan Skim Pembiayaan Fleksibel yang diperkenalkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilanjutkan kepada pemaju sektor swasta.

"BDB turut menyambut baik program MyHomes, insentif untuk pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik, selain RM200 juta bagi dana penyelenggaraan, pengecualian duti setem untuk pembeli rumah dan pengecualian cukai ke atas sewa rumah di bawah RM2,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X