Ahad, 15 Oktober 2017 | 10:27pm

Perlu ubah mentaliti mahu makan gaji - PM

BANGI: Datuk Seri Najib Razak mahu mahasiswa mengubah mentaliti mahu makan gaji apabila keluar universiti, sebaliknya memilih bidang keusahawanan agar boleh tawar pekerjaan kepada orang lain.

Perdana Menteri berkata, mereka perlu mencabar diri untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih cerah.

Katanya, seseorang usahawan perlu bermula dengan sederhana, sebagaimana Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan internet, Jack Ma yang bermula dari bawah, tapi kini menjadi ikon global serta antara orang terkaya di dunia.

"Keusahawanan boleh menjadi pemangkin kepada kekayaan negara kerana bila jadi usahawan kita boleh jana kekayaan untuk diri, keluarga dan negara.

"Sebab itulah saya ingin melalui VEST (program Bakat dan Kemahiran Keusahawanan Varsiti 2017) ini dan program lain kita akan membangunkan satu generasi baharu Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menjadi usahawan," katanya.

NAJIB Razak, ketika sembang santai di majlis malam gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) 2017' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Beliau berkata demikian pada sesi Bicara Santai Bersama Perdana Menteri sempena Malam Gala VEST 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini malam ini.

Sesi yang menampilkan pelakon, Fizo Omar sebagai moderator turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Program VEST yang berkonsepkan pertandingan keusahawanan membabitkan penyertaan hampir 1,000 penuntut 20 institusi pendidikan tinggi (IPT) meliputi universiti awam (UA) dan IPT swasta.

VEST adalah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di bawah TN50 yang menerapkan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti sebagai kerjaya pilihan.

Pada majlis itu Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) muncul juara dan membawa pulang RM25,000 yang disampaikan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berharap mahasiswa yang terbabit dalam VEST akan menjadi usahawan hebat pada masa depan.

Katanya, mereka mesti mempunyai kesungguhan untuk berjaya dengan memiliki mentaliti juara termasuk di peringkat antarabangsa dengan memanfaatkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.

"Tak boleh fikir kita sukar nak berjaya kerana kerajaan boleh sediakan peluang mencakupi latihan keusahawanan seperti VEST untuk tempoh lima bulan, menerusi pembabitan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi," katanya.

NAJIB Razak, ketika sembang santai di majlis malam gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) 2017' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
NAJIB Razak, ketika sembang santai di majlis malam gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) 2017' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
NAJIB Razak, ketika sembang santai di majlis malam gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) 2017' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
NAJIB Razak, ketika sembang santai di majlis malam gala 'Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) 2017' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Berita Harian X