Isnin, 21 Ogos 2017 | 3:28pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari melihat pameran istimewa, 'BH Khas Hari Kebangsaan' bersempena dengan ulang tahun BH ke-60, di KL Sentral. - Foto Salhani Ibrahim

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Ismee Ismail melawat ruang Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral. - Foto Salhani Ibrahim
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Ismee Ismail melawat ruang Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral. - Foto Salhani Ibrahim
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di majlis pelancaran Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral. - Foto Salhani Ibrahim
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di majlis pelancaran Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral. - Foto Salhani Ibrahim

TPM lancar pameran BH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral di sini, hari ini.

Pameran yang diadakan sempena ulang tahun BH ke-60 serta sambutan Hari Kebangsaan itu, antara lain memaparkan evolusi dan pembabitan akhbar bahasa Melayu berkenaan dalam agenda pembangunan negara sejak terbitan sulungnya pada 1 Julai 1957.

Selain merasmikan pameran itu, Timbalan Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari, turut melancarkan buku 'coffee table' setebal 216 halaman bertajuk 'BH: Enam Dekad Kekal Dinamik'.

Buku itu memaparkan sejarah penubuhan BH dan antara berita utama pernah dilaporkannya seperti peristiwa 13 Mei 1969, pengharaman UMNO pada 1987, kejayaan pasukan bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan temu bual wartawan BH dengan Maznah Ismail atau Mona Fendy sebelum nama itu menggemparkan negara.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Tan Sri Ismee Ismail; Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Pameran BH Khas Hari Kebangsaan dibuka kepada umum bermula hari ini sehingga 31 Ogos depan, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang di ruang legar tingkat dua KL Sentral.

Orang ramai turut berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM3,000 menerusi Pertandingan Swafoto pada pameran itu.

Berita Harian X