Isnin, 3 April 2017 | 3:21pm

Yayasan Pahang, UMP bangunkan sistem elak rasuah

MENTERI Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
MENTERI Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

KUANTAN: Yayasan Pahang (YP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) membangunkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dalam usaha menghalang risiko jenayah itu dalam kalangan masyarakat.

Majlis pelancaran sistem itu dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sempena Persidangan Tadbir Urus dan Integriti di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar YP, Datuk Mahmud Nawawi dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Sistem itu dibangunkan YP dan UMP menerusi Pusat Tadbir Urus dan Integriti (FGIC) yang berpusat di Fakulti Pengurusan Industri (FIM) UMP selain Institut Urus Tadbir Korporat (MIGC).

Ia direka bentuk untuk mengukur, mengesan, menghalang risiko rasuah dan salah laku dalam kalangan pengurusan atasan, pelabur, warga kerja, pelanggan dan pihak berkaitan.

Mahmud berkata, pihaknya sudah melaksanakan senarai dalam ABMS bagi memastikan pegawai dan kakitangannya bersedia dan memahami proses sudah ditetapkan.

"Menerusi langkah itu, Yayasan Pahang berpeluang memahami tahap kesedaran berkaitan etika dan integriti dalam kalangan kakitangannya selain persepsi mengenai fungsi ABMS.

"Kita berharap agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan akan menggunakan ABMS, ia dapat membantu untuk mengelakkan serta mengurangkan risiko rasuah," katanya.

Berita Harian X