Isnin, 20 March 2017 | 11:58am

Program CATs di 40 sekolah

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bersalaman dengan Pengarah Cambridge Accessible Tests (CATs), Mike Milanovic (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Pendidikan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan mengadakan program perintis bagi program Ujian Pencapaian Cambridge (CATs) iaitu satu kaedah tambahan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata projek perintis itu akan diadakan secara berperingkat mulai hujung tahun ini di mana akan mengambil tempoh antara setahun atau dua tahun mengikut keperluan.

Katanya, program berkenaan akan membabitkan sebanyak 40 sekolah rendah dan menengah di luar bandar yang kurang mendapat pendedahan dalam subjek itu.

"Kita berharap dengan adanya kaedah tambahan pembelajaran ini, ia dapat membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar.

"Kementerian akan terus menyokong pelaksanaan program ini yang dilihat mampu membantu pelajar di luar bandar kerana mereka kurang di dedahkan mengenai hal ini," katanya pada sidang media Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Pendidikan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di kementeriannya, di sini hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama Pengerusi Eksekutif Cambridge Malaysia Education and Development Trust (CMEDT), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (dua dari kiri), Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi), Datuk Ahmad Tajudin Jab (kiri), Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (kanan) dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Pendidikan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab; Pengerusi Eksekutif Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Mahdzir berkata, reka bentuk CATs yang dibangunkan oleh CMEDT itu sudah sedia untuk dilaksanakan pada bila-bila masa.

"Malah guru subjek Bahasa Inggeris yang akan terbabit dalam program itu juga akan diberi latihan khas di Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC), Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Berita Harian X