Rabu, 11 Januari 2017 | 3:52pm

Kehilangan besar buat Sarawak, BN: Ahmad Razif

MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.- Foto NSTP
MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.- Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai satu kehilangan besar buat rakyat negeri itu dan Barisan Nasional.

Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut menyampai ucapan takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu dan keluarga atas pemergian itu.

Beliau berkata, pemergian Adenan hari ini amat mengejutkan ramai pihak termasuk dirinya.

"Sesungguhnya pemergian beliau adalah amat mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat negeri Sarawak tetapi juga kepada parti Barisan Nasional.

"Bersama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham Tan Sri Adenan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Berita Harian X