X
Sabtu, 24 Disember 2016 | 10:53pm

Nahas bas: Jenazah pemandu, anak dibawa ke Pulau Pinang

JENAZAH pemandu Bas Ekspress Alisan Zakeer Zubir, 32 dan anaknya, Nur Natasya Zahara Zakeer, 1, yang maut dalam tragedi bas ekspress di Kilometer 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh dibawa pulang ke kampung halamannya di Balik Pulau, Pulau Pinang. - Foto Harul Anuar Rahim
JENAZAH pemandu Bas Ekspress Alisan Zakeer Zubir, 32 dan anaknya, Nur Natasya Zahara Zakeer, 1, yang maut dalam tragedi bas ekspress di Kilometer 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh dibawa pulang ke kampung halamannya di Balik Pulau, Pulau Pinang. - Foto Harul Anuar Rahim

MUAR: Jenazah pemandu bas, Zakeer Zubir, 32, dan anaknya, Nur Natasya Zahara Zakeer, 1, yang maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh dibawa pulang ke kampung halamannya di Balik Pulau, Pulau Pinang sebentar tadi.

Jenazah dua beranak itu dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini kira-kira jam 9 malam sebelum dibawa pulang ke Pulau Pinang dengan van jenazah.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Haji Hashim Yahya, Balik Pulau, Pulau Pinang untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Mangsa yang terbunuh:

Warga Malaysia

1. Mohd Hisham Wahab, 34

2. Nor Saidatul Akmal Idris, 21

3. Norfazillah Abu Bakar, 33

4. Au Poi Kiew, 38

5. Palani Govindasamy, 32

6. V Renugah, 26

7. Zakeer Zubir, 32, # Pemandu bas

8. Nur Natasya Zahara Zakeer, 1, (anak pemandu bas)

9. Wong Koh Chan, 32

10. Nur Amira Izzaty Mohd Razip, 22

Warga Asing

11. Hazimah Mustafa (warga Singapura)

12. Faridah Tamron (warga Singapura)

13. Hamimah Mammu, 42 (warga Singapura)

14 Abdullah Kadi Yusof (India) 

Penumpang cedera

1. Muhamad Juhaify Zakaria, 21, (Malaysia)

2. Muhammad Syafiq Saharuddin, 18, (Malaysia)

3. Mohamed Taufik Mohamed Kamal, 18, (Malaysia)

4. Cyril Joseph (Malaysia)5 R Nagadevan (Malaysia)

6. Kesavan (Malaysia)

7. Muhammad Abdullah (Malaysia)

8. Muhammad Hilmi (warga Singapura)

9. Mustafa Yasin (warga Singapura)

10. Alifah Mohd Said (warga Singapura)

11. Mohd Syed (warga Singapura)

12. Govinda Raj (warga Singapura)

13. Muhammad Fitri (warga Singapura).

14. Ral Za Uk (warga Myanmar)

15. Zaw Oo (Myanmar)

16. Identiti masih belum dikenal pasti

Berita Harian X