Isnin, 30 Mei 2016 | 1:43pm

NSTP sentiasa perbaharui penulisan, isi kandungan 

PENGARANG Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid berucap pada sesi dialog bertajuk "Peranan Media Dalam Menangani Persepsi Masyarakat" bersama peserta Diploma Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), di Anjung Riong, Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur, hari ini.
PENGARANG Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid berucap pada sesi dialog bertajuk "Peranan Media Dalam Menangani Persepsi Masyarakat" bersama peserta Diploma Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), di Anjung Riong, Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sentiasa memperbaharui cara penulisan dan isi kandungan media cetaknya untuk terus menarik minat pembaca.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, berkata pihaknya menyedari kebangkitan media digital yang dilihat membawa kesan penurunan terhadap jumlah penjualan akhbar, termasuk bilangan pembaca.

"Kita sentiasa mengamalkan pendekatan kreatif dalam usaha kekal berdaya saing dalam mengharungi pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial, media digital dan media baharu.

"Sehubungan itu, akhbar seperti New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) perlu menggalas tanggungjawab berkenaan bagi memastikannya ia sentiasa relevan dan berperanan sebagai medium penyampai maklumat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bertajuk "Peranan Media Dalam Menangani Persepsi Masyarakat" bersama peserta Diploma Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), di Anjung Riong, Balai Berita NSTP, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC) IDFR, Romaiza Ab Rahman; Pengarang Eksekutif Projek Khas NSTP, Azizi Othman; Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengarang Rencana BH, Azman Abdul Hamid.

Berita Harian X