Jumaat, 26 Februari 2016 | 4:22pm

Buku 'Najib Razak Kembara Politik - 40 Tahun' dilancar

PERDANA Menteri, Datuk Seri, Najib Razak menghadiri pelancaran buku bertajuk Najib Razak Kembara Politik - 40 tahun terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak (kanan) di ruang legar Menara Dato Onn. - Foto Mohamed Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menghadiri majlis pelancaran buku 'Najib Razak Kembara Politik - 40 tahun' terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di ruang legar Menara Dato Onn di sini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak.

Buku dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris itu menceritakan perjalanan politik Perdana Menteri pada usia seawal 23 tahun yang berdepan pelbagai cabaran, kegigihan, kesabaran serta kematangan diwarisi daripada semangat juang bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Berita Harian X