Selasa, 19 Januari 2016 | 6:48pm

Najib kenang kehilangan pengasas UMNO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, meluahkan perasaan sedihnya dengan pemergian pengasas UMNO dan Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang genap 54 tahun, hari ini.

Menerusi akaun Twitter dan Facebook, Perdana Menteri berkata, 54 tahun yang lalu, negara kehilangan seorang pemimpin.

"Semoga roh Allahyarham Dato' Onn Jaafar ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Berita Harian X