Sabtu, 7 Januari 2023 | 8:46am
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. - Foto NSTP/Ihsan Bomba Perak
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. - Foto NSTP/Ihsan Bomba Perak

Dua maut kereta terjunam dalam longkang

IPOH: Dua lelaki maut tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar dalam insiden berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan mengenai kejadian diterima jam 5.19 pagi.

"Nahas membabitkan sebuah Honda Accord yang terbabas ke dalam parit (longkang besar) berhadapan BBP Meru Raya menyebabkan pemandu dan penumpang kereta tersepit.

"Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai R Dhaarnish, 29, manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya jam 7.44 pagi.

Berita Harian X