Sabtu, 29 Oktober 2022 | 7:31am
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.- Foto ihsan Bomba Perak
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.- Foto ihsan Bomba Perak

2 maut kereta terbabas langgar tiang

IPOH: Dua maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang dalam kemalangan jalan raya di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.

Mangsa seorang lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan jenis Perodua Viva disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian kemalangan pada jam 2.13 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi.

Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.- Foto ihsan Bomba Perak
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang di sini awal pagi ini.- Foto ihsan Bomba Perak

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam keadaan terbalik dan terdapat dua mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

"Komander operasi mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pagi ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4 pagi," katanya.

Berita Harian X