Selasa, 25 Oktober 2022 | 11:10am
Bangunan asrama tahfiz terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Bangunan asrama tahfiz terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

Bangunan asrama tahfiz terbakar, pelajar selamat

PAPAR: Bangunan asrama sebuah sekolah tahfiz di Kampung Sungai Padang, di sini, terbakar awal pagi tadi.

Asrama yang menempatkan pelajar tahfiz mengalami kerosakan sekitar 40 peratus dalam kejadian jam 5.20 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.36 pagi.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Papar dikerah ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan asrama jenis kekal dengan keluasan 111.4 meter persegi yang hanya mengalami kebakaran sekitar 40 peratus.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 91 meter dengan dua pancutan dari sumber air dari pili bomba berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini dan api berjaya dikawal pada jam 6.25 pagi.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 6.41 pagi dengan punca kebakaran dan anggaran kerugian dalam siasatan.

Berita Harian X