Khamis, 9 Jun 2022 | 9:08pm
Anggota bomba memotong paip PVC bagi mengeluarkan tangan kanak-kanak perempuan yang tersekat pada paip ketika mandi di sebuah resort di Pengkalan Balak, petang tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba
Anggota bomba memotong paip PVC bagi mengeluarkan tangan kanak-kanak perempuan yang tersekat pada paip ketika mandi di sebuah resort di Pengkalan Balak, petang tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

Cemas tangan kanak-kanak tersekat pada saluran paip ketika mandi di kolam

ALOR GAJAH: Kegembiraan satu keluarga bercuti di sebuah resort di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, bertukar cemas apabila tangan seorang kanak-kanak perempuan tersekat pada paip PVC penyambung ke pam penyedut air kolam mandi, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa mandi bersama ahli keluarganya di kolam berkenaan dan secara tidak sengaja memasukkan tangan ke dalam saluran paip sepanjang satu meter itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Isharudin Ishak, berkata pihaknya dimaklumkan pada masa sama pam terbabit berfungsi menyebabkan tangan mangsa turut tersedut.

"Pemilik resort datang membantu dan memotong paip itu sebelum keluarga mangsa membawanya ke ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah pada jam 5.15 petang.

"Pasukan bomba mengambil masa 34 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang melecet sedikit akibat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya difahamkan mangsa dan keluarganya datang bercuti di resort berkenaan dari Kuala Lumpur sempena cuti sekolah.

Berita Harian X