Sabtu, 9 April 2022 | 11:26pm
Anggota bomba bersama polis di tempat kejadian, di Tawau. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba bersama polis di tempat kejadian, di Tawau. - Foto Ihsan Bomba

Anggota polis maut kebakaran

TAWAU: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran bilik di Taman King Fook, Jalan Utara, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa S Yogeswaran, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, ditemukan rentung oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi.

Beliau berkata, seramai 14 anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah bilik yang terbakar 100 peratus dan sudah dipadam sebelum jentera tiba.

"Pasukan bomba membuka pintu utama rumah berkenaan untuk pengudaraan, sebelum menemui seorang mangsa lelaki dalam keadaan rentung," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X