Jumaat, 1 April 2022 | 9:48am
Foto hiasan
Foto hiasan

Maut tersepit dalam mesin pemampat kertas

IPOH: Lelaki warga Bangladesh maut akibat tersepit dalam mesin pemampat kertas di sebuah kilang kitar semula di Jalan Lahat, Menglembu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Yousuf Abu, 35, pekerja di kilang itu disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata keterangan awal daripada rakan senegara mangsa mendapati mangsa dijumpai terbaring di tepi mesin mampat kertas dalam keadaan berdarah.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati insiden tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

"Tiada luka-luka akibat pergelutan atau luka mempertahankan diri (defence wounds) dijumpai pada si mati," katanya menerusi kenyataan awal, hari ini.

Beliau berkata, justeru kes diklasifikasi sebagai mati mengejut membabitkan kemalangan di tempat kerja.

Berita Harian X