Rabu, 30 March 2022 | 5:13pm
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin. - Foto PDRM
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin. - Foto PDRM

Lelaki cuba cabul kanak-kanak ditahan

BACHOK: Seorang lelaki berusia 20-an ditahan polis semalam dipercayai melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek yang tidak bekerja itu ditahan selepas

pihaknya menerima laporan polis daripada ibu mangsa.

Katanya, perbuatan keji itu dikatakan berlaku di sebuah tali air menerusi dua kejadian berasingan minggu lalu.

"Kejadian itu dilaporkan ibu mangsa selepas sepupu mangsa menceritakan kejadian kepada ibu mangsa.

"Sebelum itu, mangsa menceritakan kejadian itu kepada sepupunya mengenai tindakan seorang lelaki tidak kenali berkelakuan tidak sopan terhadapnya ketika mereka berada di rumah nenek mereka di Perupok," katanya kepada media.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, suspek dipercayai kenalan kepada bapa saudara mangsa namun mangsa tidak mengenali suspek.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, dan polis bertindak menangkap suspek sebaik menerima laporan.

"Suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 4 April ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Berita Harian X