Sabtu, 26 March 2022 | 10:19am
Kedai emas di Kuala Kubu Bharu disamun seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan membawa lari barang kemas bernilai RM34,000, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Polis
Kedai emas di Kuala Kubu Bharu disamun seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan membawa lari barang kemas bernilai RM34,000, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Polis

Bersenjatakan tukul besi, larikan barang kemas

HULU SELANGOR: Sebuah kedai emas di Jalan Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, kerugian RM 34,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.06 petang.

"Suspek menggunakan motosikal berwarna biru yang mana jenis dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Kedai emas di Kuala Kubu Bharu disamun seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan membawa lari barang kemas bernilai RM34,000, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Polis
Kedai emas di Kuala Kubu Bharu disamun seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan membawa lari barang kemas bernilai RM34,000, semalam. - Foto NSTP/Ihsan Polis

"Suspek masuk ke kedai emas itu dengan bersenjatakan tukul besi yang dibalut dengan kertas.

"Dia kemudian bertindak mengetuk cermin kaunter sehingga pecah dan melarikan pelbagai jenis bentuk barang kemas," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Arsad berkata, ketika kejadian tiga pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai emas itu.

"Mereka bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6065102..\

Berita Harian X