Selasa, 1 March 2022 | 3:27pm
Anggota bomba memeriksa mayat lelaki yang ditemui lemas di dasar kolam ikan miliknya di Pagoh, hari ini. - FOTO NSTP/ AHMAD ISMAIL
Anggota bomba memeriksa mayat lelaki yang ditemui lemas di dasar kolam ikan miliknya di Pagoh, hari ini. - FOTO NSTP/ AHMAD ISMAIL

Lelaki maut lemas di kolam ikan

SEGAMAT: Seorang lelaki ditemui lemas selepas kira-kira dua jam setengah disedari hilang di kawasan kolam ikan miliknya di Kampung Kenawar, dekat Pogoh, di sini, hari ini.

Mayat LiawGuan@LiewKuanYik, 73, ditemui pasukan bomba jam 11.20 pagi tadi, selepas laporan kehilangan mangsa dibuat terdekatnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.57 pagi dan 11 anggota bersama sebuah jentera serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejar ke lokasi kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk kampung di lokasi terakhir mangsa dilaporkan tergelincir.

"Mangsa kemudiannya ditemui di dasar kolam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Segamat untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita Harian X