Selasa, 15 Februari 2022 | 4:35pm
Mayat lelaki OKU ditemui rentung dalam rumah terbakar di Kampung Changkat Damai, Gombak diserahkan kepada polis. - Foto JBPM
Mayat lelaki OKU ditemui rentung dalam rumah terbakar di Kampung Changkat Damai, Gombak diserahkan kepada polis. - Foto JBPM

OKU rentung rumah terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Changkat Damai, Gombak dekat sini, pagi tadi.

Mayat Mohamad Fairuz Mohamad Anbor, 44, OKU ketidakupayaan mental ditemui dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit.

Terdahulu, bomba menerima laporan kebakaran pada jam 10.04 pagi sebelum menggerakkan 14 anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan BBP Selayang ke lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata kebakaran membabitkan sebuah bilik berkeluasan 16.7 meter persegi di kediaman terbabit.

"Anggota bomba yang memadam kebakaran menemui mayat seorang lelaki dalam bilik yang terbakar. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X