Isnin, 17 Januari 2022 | 6:01pm
Seorang pemandu maut dalam kemalangan Jalan Lipis ke Benta pagi tadi. - Gambar PDRM
Seorang pemandu maut dalam kemalangan Jalan Lipis ke Benta pagi tadi. - Gambar PDRM

Pemandu maut, gagal memotong

LIPIS: Seorang pemandu maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 18, Jalan Lipis ke Benta, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, mangsa Nik Mohd Yusri Raja Abdullah, 27, maut di tempat kejadian, manakala kakaknya, Nik Norhidayu, 32, cedera dan mendapat rawatan di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor, berkata kenderaan yang dipandu Nik Mohd Yusri dari arah bandar Lipis menghala ke Benta cuba memotong kenderaan lain tetapi gagal.

"Kereta Nik Mohd Yusri melanggar tayar belakang kereta dari arah bertentangan dan melanggar dua lagi kereta di belakang dari arah bertentangan," katanya semalam.

Azli berkata, tempat kemalangan di kawasan jalan lurus, berturap, bahu jalan berturap dan terdapat garisan tengah berkembar dan cuaca baik.

Katanya, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X