Jumaat, 24 Disember 2021 | 8:50pm
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay. - Foto hiasan NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay. - Foto hiasan NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Ayob Khan kembali ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, berkuat kuasa 25 Januari depan.

Beliau seorang daripada tiga pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid, dalam kenyataan, hari ini.

Ruslan berkata, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor.

Selain itu, Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad akan menggantikan Kamarul Zaman sebagai Ketua Polis Kedah, yang memangku pangkat Komisioner Polis.

Berita Harian X