Isnin, 6 Disember 2021 | 11:54pm
Buaya sepanjang 2.1 meter yang dilihat di tasik perumahan Taman Dengkil Jaya. - Foto Bomba
Buaya sepanjang 2.1 meter yang dilihat di tasik perumahan Taman Dengkil Jaya. - Foto Bomba

Buaya sesat dalam tasik Taman Dengkil Jaya

KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Taman Dengkil Jaya, Dengkil dekat sini dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti air selepas seekor buaya dewasa dilihat berenang di dalam tasik taman perumahan itu, lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kehadiran buaya dianggarkan berukuran panjang 2.1 meter disedari beberapa orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak bomba.

"Kita menerima laporan pada jam 8.29 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya diarahkan ke lokasi untuk membuat pemantauan.

"Apabila tiba di lokasi, didapati terdapat seekor buaya dewasa di dalam tasik itu yang dipercayai tersesat dari sebuah sungai berhampiran.

Penduduk setempat dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti di dalam tasik atau kawasan berhampiran. - Foto Bomba
Penduduk setempat dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti di dalam tasik atau kawasan berhampiran. - Foto Bomba

"Pasukan bomba tidak menjalankan sebarang penangkapan, sebaliknya memasang pita keselamatan di sekitar kawasan tasik serta menampal tanda amaran terdapat buaya di tasik berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, penduduk setempat dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti di dalam tasik atau kawasan berhampiran tasik.

Tambah beliau, perkara itu dirujuk kepada Pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X