Ahad, 5 Disember 2021 | 4:06pm

'Mati kali kedua cuba'

SIBU: Lelaki warga Indonesia meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat satu Hospital Sibu, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Collin Babat berkata, mangsa difahamkan mengalami kemurungan dipercayai akibat tertekan selepas menghidapi HIV, ditambah lagi disahkan positif COVID-19.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua mangsa cuba membunuh diri.

"Dia meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Collin berkata, mangsa adalah buruh kilang pemprosesan makanan laut di sini dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada 1 Disember lalu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita Harian X