Isnin, 27 September 2021 | 9:53pm
Polis menahan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik. - Gambar hiasan
Polis menahan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik. - Gambar hiasan

Polis rampas 50 motosikal

JOHOR BAHRU: Polis menahan 82 motosikal di Jalan Stulang Laut dan Jalan Ibrahim Sultan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan Raub Selamat, berkata pihaknya mengeluarkan 75 saman dengan 133 kesalahan, antaranya tidak memiliki lesen dan ubah-suai struktur kenderaan atau ekzos.

Katanya, sebanyak 50 motosikal disita atas pelbagai kesalahan trafik.

"Lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai tumpuan remaja untuk berkumpul dan melepak sambil membuat bising bunyi deruman motosikal yang mengganggu pengunjung lain.

"Hasil ujian saringan air kencing kepada 50 penunggang motosikal mendapati enam daripadanya positif dadah. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berita Harian X