Selasa, 8 Disember 2020 | 7:13pm

Judi dalam talian di hotel, 5 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Polis membongkar aktiviti judi dalam talian yang menjadikan sebuah hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, sebagai 'port' kegiatan haram itu.

Hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Dang Wangi bermula jam 12 tengah malam tadi, empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata berdasarkan siasatan, selain aktiviti judi dalam talian suspek turut mempromosikan pelaburan forex secara haram melalui medium sama.

"Hasil siasatan, kita dapati sindiket judi ini menjalankan latihan untuk warga China bagi aktiviti promosi perjudian saham di pasaran negara berkenaan.

"Suspek juga mengaku menjalankan operasi menerusi aplikasi WeChat seperti diarahkan majikannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, soal siasat mendapati suspek terbabit dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lalu dan dibayar gaji RM2,500 sebulan.

"Premis mereka beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari dan semua suspek mengaku baru datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial diuruskan majikan," katanya.

Semua suspek kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan direman sehingga 11 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)a Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

jam 12.01 tengah malam itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata turut dirampas 14 telefon bimbit, dua komputer riba, tiga set komputer dan satu modem bagi membantu siasatan.

"Modus operandi suspek ialah mempromosi perjudian dalam talian dan pelaburan forex secara haram.

"Hasil siasatan dan pemeriksaanturut mendapati sindiket judi itu menjalankan latihan untuk warga China bagi aktiviti promosi perjudian saham di pasaran negara berkenaan.

"Suspek mengaku menjalankan operasi menerusi aplikasi WeChat seperti diarah oleh majikannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, suspek terbabit dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lalu dan digajikan RM2,500 sebulan.

"Premis mereka beroperasibermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

"Suspek turut mengaku baru datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial diuruskan oleh majikan," katanya.

Semua tahanan yang dibawa ke IPD Dang Wangi direman hingga 11 Disember ini, mengikut Seksyen 4 (1) a Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

TAMAT

From: Faris

Berita Harian X