Rabu, 2 September 2020 | 4:46pm

Polis Kedah lupuskan dadah bernilai RM8 juta

ALOR SETAR: Polis Kedah melupuskan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam tempoh 2013 hingga 2018 bernilai RM8 juta.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata semua dadah berkenaan diserahkan kepada syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson di Negeri Sembilan iaitu syarikat yang berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar.

Dadah yang dilupuskan hari ini membabitkan 5.71kg heroin, syabu (2.16kg), ganja (0.67kg), 1,549 biji pil estacy, pil WY, pil Yaba dan Eramin 5.

HASANUDDIN (dua dari kiri) melihat sebahagian air ketum dan daun ketum termasuk dadah yang akan dilupuskan bernilai RM8 juta yang dirampas sejak 2015. NSTP/Zuliaty Zulkiffli
HASANUDDIN (dua dari kiri) melihat sebahagian air ketum dan daun ketum termasuk dadah yang akan dilupuskan bernilai RM8 juta yang dirampas sejak 2015. NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Selain itu, ketamin (0.04kg), 18.98 liter codeine/ dipyhdramine dan 542,751 liter cecair ketum dan 3,223.15 kg daun ketum.

Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan 6,879 individu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"Antara jenis dadah yang dirampas tahun ini adalah heroin (64.55 kilogram (kg), syabu (35.14kg), pil estacy, pil Yaba dan pil Eramin 5 (5,664 biji), ganja (1.42kg), empat batang pokok ganja, kafein (126.03kg), 157.58 liter kodein (ubat batuk), ketamin (0.13kg), cecair ketum (2,131.96 liter) dan daun ketum (14628.04kg).

"Semua rampasan itu bernilai RM1.81 juta," katanya pada sidang media Pelupusan Dadah di perkarangan IPK Kedah, hari ini.

KETUA Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang akan dilupuskan bernilai RM8 juta yang dirampas sejak 2015. NSTP/Zuliaty Zulkiffli
KETUA Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang akan dilupuskan bernilai RM8 juta yang dirampas sejak 2015. NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Berita Harian X