Sabtu, 30 November 2019 | 2:18pm
Sebuah pusat hiburan ‘kebal’ kerana terus beroperasi walaupun diserbu beberapa kali sejak 20 tahun lalu, digempur sekali lagi menerusi serbuan Ops Noda, semalam.
Sebuah pusat hiburan ‘kebal’ kerana terus beroperasi walaupun diserbu beberapa kali sejak 20 tahun lalu, digempur sekali lagi menerusi serbuan Ops Noda, semalam.
Beroperasi di bangunan 18 tingkat di Jalan Changkat Thambi Dollah, pusat hiburan itu dipercayai menyediakan GRO warga asing dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Beroperasi di bangunan 18 tingkat di Jalan Changkat Thambi Dollah, pusat hiburan itu dipercayai menyediakan GRO warga asing dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Pusat hiburan ini beroperasi di tujuh tingkat bangunan 18 tingkat di Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur.

Pusat hiburan 'kebal' digempur

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan ‘kebal’ kerana terus beroperasi walaupun diserbu beberapa kali sejak 20 tahun lalu, digempur sekali lagi menerusi serbuan Ops Noda, semalam.

Beroperasi di bangunan 18 tingkat di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini, pusat hiburan itu dipercayai menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata seramai 18 wanita warga China dan Vietnam berusia antara 23 hingga 36 tahun, dipercayai GRO ditahan dalam operasi yang bermula jam 10 malam itu.

Lapan lelaki tempatan berusia 26 hingga 52 tahun yang menjadi pengawal, penghantar dan kapten di premis itu turut ditahan.

Sembilan pekerja premis itu yang berusia 23 hingga 47 tahun iaitu tujuh lelaki warga Bangladesh, Myanmar dan China serta masing-masing seorang wanita Thailand dan Indonesia turut ditahan.

“Pusat hiburan itu beroperasi di tujuh tingkat bangunan berkenaan. Terdapat spa di Tingkat 3 dan 4 manakala bilik karaoke di Tingkat 5, 6, 7,8 dan 17. Siasatan awal mendapati premis itu sudah beroperasi sejak 18 hingga 20 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua 18 wanita warga asing yang ditahan itu disyaki menawarkan perkhidmatan seks berdasarkan penemuan kondom dalam milikan setiap mereka.

Semua 35 individu yang itu ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 372(1)(f) KK, Seksyen 373 KK; Seksyen 43 Akta Pertubuhan serta Peraturan 55b dan 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen.

Berita Harian X