Isnin, 18 November 2019 | 10:01am
Najib ketika tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Najib ketika tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Najib, Arul tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.55 pagi bagi perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah dihadapinya yang dijangka bermula hari ini.

Najib berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tiba di kompleks mahkamah 10 minit sebelum itu.

Mereka terlebih dahulu akan mendengar keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan berhubung permohonan Najib supaya tarikh perbicaraan meminda laporan audit itu dilapangkan dan dibawa kepada 13 Januari 2020.

Kehadiran bekas Perdana Menteri itu disambut penyokong setianya yang turut mengambil peluang bergambar dan memberikan sokongan moral.

Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini membuat persiapan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd, membabitkan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC di sebuah lagi Mahkamah Tinggi.

Kes pembelaan beliau akan bermula pada 3 Disember.

Arul Kanda ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Arul Kanda ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Arul Kanda pula didakwa bersubahat meminda laporan itu bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X