Isnin, 11 November 2019 | 9:37am
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut penyokongnya ketika hadir bagi kes 1MDB dan keputusan kes SRC International di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

SUASANA di Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti keputusan SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad

Kes SRC: Najib tiba

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.48 pagi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya bagi mengikuti prosiding keputusan di akhir pendakwaan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Media tempatan serta antarabangsa pula sudah berkumpul di Kompleks Mahkamah sejak awal pagi, bagi membuat liputan keputusan di akhir pendakwaan kes berkenaan.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut penyokongnya ketika hadir bagi kes 1MDB dan keputusan kes SRC International di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut penyokongnya ketika hadir bagi kes 1MDB dan keputusan kes SRC International di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sebanyak 15 pas dikeluarkan bagi media tempatan dan 11 pas untuk media atarabangsa bagi mengikuti prosiding, manakala mahkamah turut menyediakan 40 pas untuk pemberita yang ditempatkan di bilik sidang video.

Pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bertugas bagi mengawal kelancaran perjalanan prosiding.

Setakat ini, keadaan di sekitar perkarangan mahkamah terkawal, bagaimanapun, keselamatan sudah mula diperketat.

Berita Harian X