Khamis, 11 Julai 2019 | 12:53pm

GRO sembunyi dalam ruangan khas elak dicekup

KUALA LUMPUR: Bersembunyi dalam ruang khas di belakang cermin menjadi taktik sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) di sebuah premis sekitar Jalan Bandar 19, Puchong bagi mengelak ditahan polis, semalam.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 16 wanita warga asing dipercayai GRO dengan sebahagian besarnya dari Vietnam berusia antara 21 hingga 35 tahun.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor, berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti kondom dan minyak urut sebagai bahan bukti siasatan.

“Modus operandi premis yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV) itu dipercayai menawarkan khidmat seks dengan harga RM180.

Menyorok di ruang khas belakang cermin elak ditahan polis.
Menyorok di ruang khas belakang cermin elak ditahan polis.

“Malah, ada pelanggan boleh buat tempahan wanita terbabit untuk satu malam dengan bayaran mencecah RM700,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Beliau berkata kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil 1995,” katanya.

POLIS menahan 16 wanita warga asing dipercayai GRO dengan sebahagian besarnya dari Vietnam berusia antara 21 hingga 35 tahun di sebuah premis sekitar Jalan Bandar 19, Puchong, semalam.
POLIS menahan 16 wanita warga asing dipercayai GRO dengan sebahagian besarnya dari Vietnam berusia antara 21 hingga 35 tahun di sebuah premis sekitar Jalan Bandar 19, Puchong, semalam.
Berita Harian X