Ahad, 13 Januari 2019 | 5:29pm

Budak perempuan 2 tahun dijadikan tebusan

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4 pangsapuri, di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Polis sudah mengepung rumah terbabit dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

SEPASUKAN polis lengkap bersenjata berkawal di luar rumah suspek yang menawan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu. - NSTP/Junaidi Ladjana
SEPASUKAN polis lengkap bersenjata berkawal di luar rumah suspek yang menawan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu. - NSTP/Junaidi Ladjana

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Tinjuan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.

ANGGOTA polis memasang garisan kuning di sekitar rumah suspek yang menawan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Taman Telipok Ria, Tuaran. - NSTP/Junaidi Ladjana
ANGGOTA polis memasang garisan kuning di sekitar rumah suspek yang menawan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Taman Telipok Ria, Tuaran. - NSTP/Junaidi Ladjana
Berita Harian X