Rabu, 18 April 2018 | 11:54am
GAMBAR fail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kanan) menghias kek yang menunjukkan angka 100 sebagai simbolik pada perasmian Kolej Komuniti Setiu yang ke 100 di Langkap, Permaisuri, Setiu. - Foto Nurul Fatihah Sulaini
GAMBAR fail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kanan) menghias kek yang menunjukkan angka 100 sebagai simbolik pada perasmian Kolej Komuniti Setiu yang ke 100 di Langkap, Permaisuri, Setiu. - Foto Nurul Fatihah Sulaini
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Lima kolej komuniti baharu dibina

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan pembinaan lima kolej komuniti baharu dalam usaha membuka lebih banyak peluang pembelajaran kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata lima kolej komuniti itu akan dibina di Bachok, Kelantan; Keningau dan Tuaran, Sabah; Kuala Selangor, Selangor dan Dungun di Terengganu.

"Pembinaan lima kolej komuniti baharu ini selaras dengan hasrat kerajaan membuka peluang dan akses kepada pendidikan TVET untuk masyarakat setempat serta peluang bagi pembelajaran sepanjang hayat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Idris berkata, kebolehpasaran graduan kolej komuniti mencatat kadar 97.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada 2013, iaitu peningkatan enam peratus.

"Ini bukti kemajuan pendidikan kemahiran yang ditawarkan di kolej komuniti seiring dengan agenda TVET yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Penawaran kursus berasaskan revolusi industri keempat (4IR) di kolej komuniti amat sesuai dengan strategi bagi menarik pelabur asing datang ke Malaysia dan ini akan membantu meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan kolej komuniti dari semasa ke semasa," katanya.

Berita Harian X