Sabtu, 24 March 2018 | 3:39pm
SATU lagi mayat kru kapal JBB Rong Chang 8 ditemui dan dinaikkan ke Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar kira-kira 12 tengahari ini. - Foto Fahd Rahmat
SATU lagi mayat kru kapal JBB Rong Chang 8 ditemui dan dinaikkan ke Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar kira-kira 12 tengahari ini. - Foto Fahd Rahmat

Insiden kapal korek: Mayat kru wanita dikenalpasti

MUAR: Kru wanita yang juga mayat ketiga ditemui terkorban oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di salah satu bilik tidur kapal korek JBB Rong Chang 8 di perairan Parit Jawa Muar, Johor pagi ini disahkan sebagai sebagai Chen Xuffen.

Bagaimanapun usianya belum dapat dikenalpasti.

Menurut kenyataan daripada Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), lima kru lain yang terselamat pula dikenali sebagai, Liang Puzeng, Jiang Chunlin, Liu Konggan, Liang Rongbin dan Wu Liangfu yang juga belum dikenalpasti usianya.

Berita Harian X