Sabtu, 14 Oktober 2017 | 2:55pm
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang maut selepas pesawat ringan jenis GT500 terhempas ke Sungai Mati dekat Sungai Rambai, Melaka. - Foto Jamah Nasri
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang maut selepas pesawat ringan jenis GT500 terhempas ke Sungai Mati dekat Sungai Rambai, Melaka. - Foto Jamah Nasri
ANGGOTA bomba melihat barang milik mangsa. - Foto Bomba
ANGGOTA bomba melihat barang milik mangsa. - Foto Bomba
JURUTERBANG, Yen Yoon Fah (gambar kecil) maut dipercayai akibat lemas. - Foto Jamah Nasri
JURUTERBANG, Yen Yoon Fah (gambar kecil) maut dipercayai akibat lemas. - Foto Jamah Nasri

Juruterbang maut pesawat ringan terhempas ke sungai

JASIN: Seorang juruterbang maut manakala pembantunya cedera selepas sebuah pesawat ringan GT500 terhempas di sini, pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian jam 11.30 pagi, pesawat terbabit terhempas ke Sungai Mati, Tangkak, Johor, kira-kira 200 meter dari hujung landasan Aerodrome Sungai Rambai, di sini.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 pagi.

"Tiga jentera dan dua EMRS bersama 26 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Juruterbang, Yen Yoon Fah, 53, maut dipercayai akibat lemas," katanya.

LOKASI pesawat ringan jenis GT500 yang terhempas menyebabkan seorang juruterbang maut manakala seorang pembantu juruterbang cedera. - Foto Jamah Nasri
LOKASI pesawat ringan jenis GT500 yang terhempas menyebabkan seorang juruterbang maut manakala seorang pembantu juruterbang cedera. - Foto Jamah Nasri

Sementara itu, di MUAR; Pembantu juruterbang yang dilaporkan cedera, dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya belum mengenal pasti identiti mangsa.

"Mangsa dibawa ke HPSF jam 12.50 tengah hari tadi dan kini dirawat di Unit Kecemasan HPSF. Setakat ini tahap kecederaan mangsa belum diketahui," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Difahamkan mayat juruterbang pesawat terbabit dibawa ke Hospital Tangkak.

Berita Harian X