Sabtu, 7 Oktober 2017 | 2:13am

Mesin judi di KL 'ghaib'

KUALA LUMPUR: Tiada satu pun premis mesin judi atas talian di sekitar Kuala Lumpur, yang beroperasi semula selepas polis menggeledah 115 premis berkenaan, malam tadi.

Kesemua premis berkenaan diperiksa dalam Ops Waran Geledah, yang dijalankan Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama daerah Dang Wangi, Sentul, Cheras, Brickfields dan Wangsa Maju, selepas polis menerima waran penggeledahan dari mahkamah.

Hasil serbuan yang dijalankan secara serentak itu, hanya dua premis di dalam daerah Dang Wangi, dikesan masih menyimpan peralatan dan rangka mesin perjudian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata serbuan berkenaan adalah untuk memastikan premis-premis yang pernah diserbu sebelum ini tidak beroperasi semula.

PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi

"Secara keseluruhan kami mendapati semua premis berkenaan tidak beroperasi semula selain tidak mempunyai sebarang peralatan seperti komputer, simulator, monitor, papan kekunci yang lazimnya digunakan dalam aktiviti judi atas talian.

"Namun dalam pemeriksaan ke atas dua premis di Chow Kit dan Jalan Ampang, pihak polis menemui dan merampas 4 monitor; 7 komputer, 55 papan kekunci serta 8 simulator yang tidak digunakan," katanya dalam sidang media di Dang Wangi, sebentar tadi.

Beliau berkata pemeriksaan dan serbuan ke atas premis perjudian di sekitar Kuala Lumpur, dilakukan sejak sebulan lalu.

PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi

"Operasi ini juga adalah bagi memastikan mana-mana sindiket perjudian cuba untuk menjalankan semula aktiviti perjudian mereka secara sembunyi.

"Justeru, Polis Kuala Lumpur akan terus memohon waran geledah daripada pihak mahkamah untuk meneruskan tindakan penggeledahan di premis perjudian yang masih meneruskan aktiviti mereka," katanya.

Hasil tinjauan bersama BH bersama pihak polis sepanjang operasi berkenaan, kesemua premis di daerah Sentul, dan Wangsa Maju, didapati dikosongkan oleh sindiket perjudian.

Sindiket terbabit bertindak sedemikian dipercayai selepas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap aktiviti perjudian atas talian pada 27 September lalu.

FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi
PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) memotong mangga di premis judi ketika menyerbu pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut. - Foto Hafiz Sohaimi
Berita Harian X