Rabu, 30 Ogos 2017 | 1:45pm
MANGSA serangan buaya di Pulau Banggi, Kudat dibawa anggota APMM untuk dipindahkan ke Hospital Kudat, di Kudat. - Foto ihsan APMM

MANGSA serangan buaya dipindahkan ke Hospital Kudat, menggunakan bot pada jam 1 pagi tadi. - Foto ihsan APMM

MANGSA patah tulang rusuk dan pendarahan di paru-paru. - Foto ihsan APMM

APMM pindah mangsa serangan buaya

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu memindahkan mangsa serangan buaya ke Hospital Kudat, menggunakan bot jam 1 pagi tadi.

Nursahim Nursiri, 40, yang patah tulang rusuk dan pendarahan di paru-paru, dipindahkan dari Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi ke Hospital Kudat.

Nursahim diserang buaya ketika menangkap ikan seorang diri di perairan Pulau Banggi, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata klinik kesihatan terbabit menghubungi APMM bagi meminta bantuan dan Bot Pengawal 44 diarahkan ke lokasi itu.

Katanya, Bot Pengawal 44 tiba di Jeti Marina Kudat pada jam 2.45 pagi dan dibawa ke Hospital Kudat.

"Kita difahamkan mangsa kini dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X