Selasa, 15 Oktober 2019 | 4:35pm
Pelancaran PediaSure OptiHEIGHT baru-baru ini.

Gangguan tumbesaran kanak-kanak babitkan semua taraf sosial

KUALA LUMPUR: Proses pertumbuhan awal kanak-kanak penting kerana pada tempoh ini mereka mengalami perkembangan fizikal ketara.

Nutrisi memainkan peranan penting dalam memastikan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi tumbesaran dan pembelajaran.

Pakar Perunding Pediatrik, Pakar Runding Pediatrik, Dr Chin Wai Seong, tidak dinafikan pengambilan sajian tidak seimbang menyebabkan kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran hingga menjejaskan kesihatan mereka.

Beliau berkata, gangguan tumbesaran menjadi isu dihadapi semua kanak-kanak, laporan mendapati dianggarkan 20 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami gangguan tumbesaran.

“Perkara ini perlu diberi perhatian khusus kerana masalah memberi kesan ketara kepada kesihatan dan pendidikan. Didapati gangguan tumbesaran berlaku secara meluas dalam semua julat pendapatan tidak kira kaum, pekerjaan, tahap pendidikan, negeri mahupun jurang antara bandar dan luar bandar.

Capai potensi tumbesaran

“Pada nisbah satu dalam tiga kanak-kanak di negara ini tidak menerima nutrisi sewajarnya dalam tempoh perkembangan paling penting dalam kehidupan mereka,” katanya.

Bagi menangani keadaan itu, Abbott melancarkan formulasi PediaSure dengan Sistem OptiHEIGHT dengan arginina, vitamin K2 semula jadi, kalsium dan 25 nutrien. Ini membantu kanak-kanak berumur satu hingga 10 mencapai potensi tumbesaran dari segi ketinggian dan pembelajaran.


Dr Nina Mazera Mohd Said pada pelancaran PediaSure OptiHEIGHT baru-baru ini.

Pengarah Perubatan, Bahagian Pemakanan, Abbott, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata pihaknya yakin sajian seimbang mengandungi arginina, sejenis asid amino berupaya merangsang dan menyokong pertumbuhan tulang lebih panjang.

Sementara situ, Naib Presiden Bahagian Asia Tenggara, Bisnes Nutrisi Abbott, Amal Kelshikar, berkata formulasi terbaharu ini membantu proses tumbesaran kanak-kanak secara optimum menerusi nutrisi yang disokong secara saintifik.

Berita Harian X