Sabtu, 21 September 2019 | 11:00am
Masalah sering dihadapi warga emas, perlu pelbagai langkah pastikan kekal selesa. - Foto hiasan

Fungsi pundi lemah, sukar kawal kencing

LEMAH kawalan pundi kencing yang sering dikaitkan dengan inkontinen urin, lazimnya membabitkan golongan berusia hingga menyebabkan mereka perlu memakai lampin untuk kekal selesa disebabkan sering terkencing sepanjang masa.

Keadaan ini memberi tekanan disebabkan individu berkenaan kurang yakin dalam diri. Namun malangnya, hal ini tidak dibincangkan secara terbuka kerana menganggap masalah sulit dan tidak manis diperkatakan.

Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, Dr Peter Ng Eng Pin, berkata masalah ini menjejaskan kira-kira 1.4 juta penduduk dan dianggarkan peningkatan 4.5 peratus setiap tahun.


Presiden Yayasan Kontinens Malaysia, Dr Peter Ng Eng Pin. - NSTP/Rohanis Shukri

Beliau yang juga pakar urologi berkata, kajian menunjukkan 69 peratus daripada mereka enggan mendapatkan bantuan menerusi rundingan hanya disebabkan rasa malu.

Katanya, nisbah menunjukkan satu daripada tiga wanita berusia 40 tahun ke atas berhadapan masalah ini. Gangguan sama berlaku dalam kalangan lelaki berusia lebih 65 tahun.

“Hanya 31 peratus daripada mereka tampil mendapatkan rawatan kerana malu berbincang tentang masalah dialami itu.

Lemah kawalan kencing berlaku dua kali ganda dalam kalangan wanita atas pelbagai faktor antaranya kesan kehamilan, melahirkan anak, menopaus dan penuaan. Kebanyakan disebabkan tekanan atau dan lebihan air kencing dalam pundi,” katanya.

Tampil dapatkan rawatan

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Lebih Selesa TENA’. Majlis dihadiri Pengurus Pemasaran Vinda Malaysia, Debby Ho.


Debby Ho (dua dari kanan) melancarkan kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Lebih Selesa TENA’, di Petaling Jaya. Turut sama Norhayati (kiri), Dr Peter Ng dan Dr Eric (kanan). - NSTP/Rohanis Shukri

Program berkenaan memberi tumpuan kepada warga emas, menawarkan cadangan dalam mengubah suai rumah bagi memudahkan ibu bapa berusia bergerak.

Ini kerana lazimnya individu berusia berhadapan risiko rebah dalam bilik air disebabkan gagal seimbangkan diri kerana lantai licin, tidak ada tempat berpaut atau keadaan kurang mengizinkan untuk bergerak dengan lebih selamat.

Kempen turut membina kepekaan anak terhadap perkara kecil serta memahami cabaran dihadapi ibu bapa bermasalah inkontinen dengan panduan pengubahsuaian dikongsikan pereka hiasan dalaman terkenal, Dr Eric Leong.

Dr Peter berkata, mereka yang mempunyai masalah berkenaan perlu tampil mendapatkan rawatan supaya gangguan itu dipulihkan segera,

Beliau berkata, walaupun ini disebabkan masalah biasa, namun pada masa sama perlu ditangani kerana membabitkan ketidakselesaan kepada 50 peratus golongan tua.

Seluar pakai buang

“Kesannya mereka lebih selesa duduk di rumah dan enggan bersosial,” katanya.

Memahami isu inkontinen, TENA mengambil inisiatif mempertingkatkan kesedaran masyarakat supaya masalah diuruskan secara berkesan serta mendapat sokongan semua pihak terutama anggota keluarga yang menjaga warga emas.


Debby Ho (dua dari kanan) melancarkan kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Lebih Selesa TENA’. Turut sama Norhayati (kiri), Dr Peter Ng dan Dr Eric (kanan). - NSTP/Rohanis Shukri

Sementara itu, Debby berkata, tidak dinafikan ibu bapa enggan berkongsi masalah ini kepada anak-anak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak dengan masalah mereka.

Berhadapan situasi itu, beliau berkata, TENA berkongsi idea dan sokongan membantu ibu-bapa supaya dapat menjalani rutin harian dengan selesa, terutama di rumah.

“Kerjasama dengan menyediakan penyelesaian termasuk cadangan pengubahsuaian rumah dan penyediaan produk seperti seluar pakai buang TENA Pants, bertindak menyerap air kencing dengan mudah.

“Seluar dalam lampin buang ini membantu mereka mengekalkan keyakinan diri ketika berhadapan masalah berkenaan selain berupaya menikmati usia tua dengan lebih selesa,” katanya.


Norhayati Sulaiman.

Norhayati Sulaiman, 34, menjaga bapanya terlantar lebih tiga tahun, berkata dia cuba membataskan pergerakan bapanya yang kini berusia lebih 80, ke bilik air bagi mengelak terjatuh disebabkan hilang kawalan.

“Ibu bapa di Petaling Jaya, saya pula menetap di Cheras, setiap hari ke rumah orang tua menguruskan keperluan. Bapa agak segan untuk dipakaikan lampin pakai buang.

“Bagaimanapun dengan seluar khas TENA bapa boleh memakai sendiri dengan mudah dan lebih selesa” katanya.


Dr Eric pada sesi bual bicara kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Lebih Selesa TENA’. - NSTP/Rohanis Shukri

Panduan mengubahsuai kediaman bagi keselamatan warga emas oleh Eric Leong

• Beri tumpuan bilik mandi, bilik tidur dan ruang tamu

• Pasang besi pemegang yang boleh dibeli dari kedai peralatan rumah

• Menukarkan lantai dengan jubin elak jatuh.

• Guna pelapik lantai yang sesuai bersifat mesra warga emas.

• Letakkan bakul kecil bagi menyimpan ubat dan keperluan ibu bapa berbanding meletakkannya di atas rak atau meja tepi katil.

• Guna hirisan daun pandan dan serai aroma semula jadi dalam rumah.

• Letakkan permaidani berbanding lantai jubin yang kosong.

Berita Harian X