AMALAN membasuh rambut memang amat digalakkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu kerana ia dapat memelihara kesegaran dan kebersihan kulit kepala.
Rambut terbahagi kepada beberapa jenis di mana kekerapan membasuh rambut juga boleh mempengaruhi kesihatan di bahagian mahkota utama khususnya wanita.
Ketua Pegawai Eksekutif pakar kulit dan rambut terkemuka Este Medical Group berpangkalan di United Kingdom, Sam Cinkir, memberi amaran sekiranya seseorang melakukan kesilapan dengan membasuh rambut setiap kali mandi, ia hanya akan menambah kerosakan, bukan sebaliknya.
Katanya, amalan mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan kerosakan, rambut mudah menjadi pecah dan keguguran.
"Penggunaan air yang agak panas semasa membasuh atau membilas rambut juga tidak digalakkan kerana ia berupaya mengeringkan kulit kepala dan boleh menjadikan akar lebih lemah.
"Ini juga boleh menjadikan helaian lebih rapuh dan berliang, menyebabkan kerosakan dan kehilangan," katanya.- AGENSI