Isnin, 28 November 2022 | 11:46am
Pelbagai kesilapan ketika mencuci rambut hingga menjejaskan kesihatan rambut. - Foto hiasan
Pelbagai kesilapan ketika mencuci rambut hingga menjejaskan kesihatan rambut. - Foto hiasan
Membilas rambut dengan air panas boleh menyebabkan kulit kering, kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala. - Foto hiasan
Membilas rambut dengan air panas boleh menyebabkan kulit kering, kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala. - Foto hiasan

Cuci guna air panas, rambut jadi gugur

Semua orang mempunyai rutin harian masing-masing dalam penjagaan rambut supaya sihat dan penampilan menarik.

Namun, anda mungkin melakukan pelbagai kesilapan ketika mencuci rambut hingga menjejaskan kesihatan

mereka.

Mencuci rambut dengan cara yang betul boleh memberi kesan yang jelas pada rupa rambut anda yang sihat dan berkilat.

Pakar kecantikan, Dr Vanita Rattan, berkata rambut mudah rosak apabila ia dalam keadaan basah, lebih memburukkan lagi ia boleh menyebabkan iritasi, seperti dermatitis.

"Sama ada anda menyikat rambut anda di bilik mandi, mencuci terlebih dahulu atau mengeringkan kulit kepala anda, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan dalam rutin harian," ulasnya.

Dr Rattan berkongsi tujuh kesilapan akibat buruk yang mungkin berlaku dalam penjagaan rambut.

1. Mencuci rambut dengan air panas

Membilas rambut dengan air panas boleh merosakkan rambut kerana mendedahkan kutikel (kulit ari) rambut, berkemungkinan boleh melemahkan akar pada rambut.

Walaupun individu selesa membilas rambut dengan air panas ketika musim sejuk, cara ini akan memberi kesan yang buruk kepada kulit kepala.

Membilas rambut dengan air panas boleh menyebabkan kulit kering, kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala.

"Anda digalakkan membilas rambut dengan air suam yang membolehkan perapi menyerap dengan lebih berkesan dan memberi kelembapan pada kulit kepala.

"Membilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel rambut, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan risiko rambut gugur," nasihatnya.

Kelemumur adalah perkara biasa yang disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti kurap, ekzema, dermatitis dan psoriasis.

Justeru, jika kulit kepala merah atau bengkak atau jika kelemumur anda teruk pada kulit kepala anda atau sangat gatal.

2. Syampu sebelum perapi

Yang ini mungkin mengejutkan ramai, namun Dr Vattan juga pengasas jenama produk rambut, berkata individu dicadangkan menggunakan perapi pada helaian rambut terlebih dahulu sebelum mencuci rambut dengan syampu.

Syampu mengandungi bahan surfaktan boleh menyebabkan keguguran rambut dan mengurangkan minyak semula jadi.

"Apabila anda mencuci dengan syampu dan mengalir ke helaian rambut, ia tidak akan mengeringkan atau merosakkan struktur rambut dan kutikel helai rambut akan kekal kuat.

"Kaedah setiap lapisan ini (perapi-syampu-perapi) berkesan pada semua jenis rambut dan ia boleh memanjangkan hayat letupan selepas penggayaan.

3. Memerah rambut untuk mengeringkannya dengan cepat

Kita mungkin cuba mengeringkan rambut dengan memerah selepas mencuci rambut untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Tindakan itu satu kesilapan dalam penjagaan rambut.

Beliau menjelaskan ketika proses pengeringan, sehelai rambut boleh menjadi kasar jika anda memerah terlalu kuat dengan tuala, seterusnya boleh merosakkan hujung akar rambut dan menyebabkan pori di setiap helaian dan melemahkan rambut.

"Anda mungkin perasan rambut anda kelihatan kering selepas memerah rambut.

"Keadaan rambut keriting juga tanda utama rambut rosak yang memerlukan kelembapan dan menggunakan alat penggayaan haba selepas rambut anda kering hanya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan jika rambut tidak dijaga dengan betul.

"Jika anda mempunyai kesuntukan masa untuk mengeringkan rambut, lapkan rambut dengan baju Kemeja-T atau tuala mikrofiber yang bersih untuk mengurangkan keriting," katanya.

Dr Vattan mengesyorkan supaya menjaga rambut dengan menggunakan minyak perapi.

4. Menyikat rambut secara berlebihan

Rambut yang basah lebih mudah gugur berbanding rambut kering atau lembap.

Kemungkinan anda berisiko menghadapi keguguran rambut dan bercabang jika menggunakan penyikat rambut atau menggunakan jari-jemari semasa mencuci rambut.

"Walaupun terdapat banyak produk rambut mampu merawat hujung rambut bercabang, hakikatnya anda tidak boleh melakukannya.

"Sekiranya rambut bercabang, ia akan rosak secara kekal dan rambut perlu dipotong untuk rambut baru tumbuh semula.

"Minyak semula jadi hanya menutup helaian rambut kerig sahaja," katanya.

Jika anda mempunyai rambut kerinting, anda harus menyikat rambut anda sebelum mandi dengan menggunakan penyikat bergigi besar bermula dari hujung hingga ke akar rambut untuk mengurangkan tarikan dan kerosakan pada rambut.

Dr Vattan menyarankan untuk menyikat rambut anda semasa mandi untuk mengurangkan keriting.

Oleh itu, pakar juga mengesyorkan menggunakan banyak perapi rambut semasa menyikat dan harus menggunakan perapi untuk rambut yang kusut bagi mengurangkan tekanan pada kulit kepala.

"Menyikat rambut semasa mandi akan mengurangkan rambut kusut adalah mitos.

"Bagaimanapun, rambut yang basah lebih mudah kusut berbanding rambut kering kerana helaian yang longgar selepas disikat meningkatkan risiko rambut bersimpul semasa mandi," tambahnya.

5. Menggunakan terlalu banyak jenis produk

Menggunakan syampu dan perapi rambut secara berlebihan juga adalah masalah dalam penjagaan rambut.

"Rambut yang halus hanya memerlukan sebanyak saiz syiling lima sen, manakala untuk rambut kerinting atau tebal, anda memerlukan sebanyak saiz syiling 10 sen.

"Syampu dicipta untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan pada rambut manakala perapi rambut dicipta untuk melindungi dan menyuburkan rambut," katanya.

Jika menggunakan terlalu banyak produk yang berlainan jenis dan jenama, anda berisiko untuk kehilangan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh rambut yang membantu melembapkan rambut dan menyebabkan pembentukan kesan produk, yang boleh mengakibatkan kerengsaan dan serpihan.

"Ini boleh menyebabkan kulit kepala anda terasa gatal dan menyebabkan kehilangan kulit rambut yang berkilau secara semula jadi.

"Penggunaan banyak produk juga boleh memberi kesan kepada rambut seperti mengakibatkan keguguran rambut," katanya.

6. Kerap menukar jenis syampu

Terdapat mitos fungsi syampu rambut tidak berkesan jika anda menggunakan produk yang sama sepanjang masa.

"Sebenarnya anda tidak perlu menukar ke syampu yang berbeza-beza untuk mendapatkan rambut yang bersih dan sihat.

"Anda hanya perlu menukar syampu mengikut kesesuaian keadaan rambut misalnya jika anda mengeringkan rambut dengan lebih kerap, anda mungkin bertukar kepada syampu yang mempunyai lebih banyak kandungan komponen pelembap.

"Kita boleh menggunakan syampu yang mampu menjadikan rambut kita kelihatan sihat, tanpa bimbang keberkesanannya hilang," katanya.

7. Menggunakan perapi di seluruh rambut

Elakkan menggunakan perapi terus ke kulit kepala dan digalakkan terus ke helaian rambut sahaja.

"Kebanyakan perapi mengandungi bahan pewangi, dan jika bahan itu terkena pada kulit kepala boleh menyebabkan dermatitis kontak yang dihidap oleh tiga hingga empat peratus penduduk," katanya.

"Mitos popular ialah penggunaan perapi dapat membersihkan kulit kepala, namun perapi tidak mengandungi sebarang bahan surfaktan seperti terdapat dalam kandungan syampu.

"Perapi rambut hanya memberi kesan yang buruk pada rambut, menyebabkan rambut kelihatan lebih lembik, sebaliknya, perapi pada helai rambut sahaja akan melindungi kutikel daripada rosak, pecah dan perembesan minyak semula jadi rambut anda," katanya.

Pengguna boleh menggunakan lebihan minyak pada helaian rambut untuk melindungi daripada terdedah pada kesan sinaran ultra ungu (UV), pencemaran dan haba. - AGENSI

Berita Harian X