Rabu, 16 November 2022 | 11:30am
Lemak sekeliling pinggang memang sukar disingkirkan melainkan lakukan gaya hidup sihat. - Gambar hiasan
Lemak sekeliling pinggang memang sukar disingkirkan melainkan lakukan gaya hidup sihat. - Gambar hiasan
Gabungan diet seimbang dan senaman bantu bakar lemak berlebihan. - Foto hiasan
Gabungan diet seimbang dan senaman bantu bakar lemak berlebihan. - Foto hiasan
Samantha Clayton
Samantha Clayton
Tarik nafas panjang dan kempiskan perut, hembusnafas melalui mulut. Foto/Ihsan Herbalife Nutrition
Tarik nafas panjang dan kempiskan perut, hembusnafas melalui mulut. Foto/Ihsan Herbalife Nutrition

Singkir lemak 'degil' di sekeliling perut

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia kini mula mengamalkan tabiat yang lebih bermanfaat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan.

Bagaimanapun, ramai yang tidak puas hati dan masih mendapati sukar untuk mengurangkan lemak di bahagian tertentu badan. 

Mungkin anda antara berjuta insan khususnya wanita yang paling obses untuk memiliki tubuh ideal selalu rungsing apabila lapisan lemak degil di keliling pinggang sukar untuk dihilangkan.

Naib Presiden, Prestasi Sukan dan Pendidikan Kecergasan Herbalife Nutrition, Samantha Clayton, berkata keadaan ini membingungkan lebih-lebih lagi jika seseorang itu sudah berusaha sedaya-upaya untuk berdiet dan bersenam sekerap yang boleh.

Kadangkala rasa mustahil untuk mengurangkan lemak di sekeliling perut anda terutama apabila mahu tampak penampilan lebih menarik

"Caranya mudah, dengan mengamalkan gaya hidup aktif, ada beberapa langkah patut lakukan untuk memastikan badan anda lebih kurus

atau kekal ramping," katanya.

Membetulkan salah tanggapan tentang usaha mengurangkan lemak

Sebenarnya tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghapuskan lemak di tempat tertentu sahaja.

Kita tidak boleh memilih di mana badan menyimpan lemak dan kemudian membuat keputusan menghilangkan lemak daripada bahagian itu dan pastinya semua individu tidak mahu melihat keadaan itu lagi.

Hakikatnya beratus-ratus latihan bangkit tubi

dan senaman perut khusus apa pun tidak boleh serta-merta membantu menghilangkan geleber lemak di keliling pinggang.

Namun begitu, masih ada harapan kerana dengan menggabungkan diet dan senaman, anda boleh membakar lemak berlebihan.

Berikut tiga aktiviti dicadangkan Samantha untuk memecahkan lemak 'degil' di perut yang boleh memastikan individu bebas daripada stres sambil mengawal bentuk badan.

Petua mengurangkan lemak perut

1. Luangkan masa bergiat cergas

Walaupun tidak boleh mengurangkan lemak perut secara khusus, anda tidak harus mengabaikan manfaat senaman secara umum.

Jika anda ada masa untuk aktiviti senaman fizikal, walaupun hanya satu aktiviti setiap hari, badan akan kelihatan semakin tegap secara keseluruhan.

Anda mungkin pernah mendengar nasihat ini, tetapi memang benar bahawa hidup yang aktif dan cergas dari segi fizikal ialah cara yang baik mengurangkan stres dalam hidup.

Bersenam akan membuatkan individu melupakan sejenak kesibukan kerja seharian dan menentukan semula keutamaan anda.

Malah, masa yang anda habiskan bersenam ialah masa yang tidak boleh anda luangkan untuk makan!

2. Tarik nafas yang panjang

Amalkan kaedah pernafasan menerusi hidung dan membiarkan udara mengisi perut, kemudian hembus nafas melalui mulut.

Bernafas lima hingga 10 kali sebegini boleh menenangkan fikiran dan memberi anda

masa untuk beristirahat.

Jangan biarkan stres menjejaskan hidup dan membuat anda rasa tertekan pada penghujung hari, rasa tertekan boleh mendorong untuk makan

sebagai cara untuk menenangkan diri.

Cuba teknik bernafas ini sekerap yang boleh

apabila anda ingat (letakkan nota lekat sebagai peringatan diri).

Luangkan masa memikirkan mengenai badan dan bentuk badan yang diidamkan. Teknik seperti ini boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan donat dan terus membakar semangat anda untuk pergi ke gimnasium.

3: Tegakkan bahu dan kempiskan perut

Rancang sesi meregangkan badan dan bukannya sesi teh tarik. Anda boleh melakukan aktiviti regangan dan senaman mudah daripada keselesaan kerusi pejabat atau ketika berbual di telefon.

Cuba kempiskan perut setiap kali ketika duduk atau berdiri selama 30 saat.

Kaedah itu akan menguatkan otot perut. Jika anda ada masa seminit, cuba berdiri tegak dan menarik bahu ke belakang dan berjalan tegap.

Langkah memperbaiki postur boleh membantu anda rasa lebih sihat dan cergas.

Tiada jalan pantas

Memang tiada penyelesaian pantas untuk menangani masalah ini, tetapi anda akan rasa lebih sihat dengan serta-merta jika mula bersenam, menjaga bentuk badan dan meluangkan masa untuk berfikir tentang kesihatan diri.

Tidak kira bahagian badan mana yang bermasalah – sama ada perut yang geleber, paha terlalu besar atau

dagu berlapis – dengan rutin senaman konsisten dan meneruskan usaha dengan penuh kesabaran, anda boleh menambah baik penampilan fizikal anda.

Namun, di samping amalkan gaya hidup sihat itu, jangan lupa pilih untuk menyediakan makanan sendiri di rumah.

J

ika perlu makan di luar, pilih makanan yang disediakan dengan menggunakan kaedah yang direbus, panggang, bakar dan kukus, selain elakkan

mengambil makanan bergoreng.

Info :

2 jenis lemak di sekitar perut.

Visceral - lemak ini mengelilingi organ tubuh

Subkutan - lemak yang berada di bawah kulit

Penyakit dikaitkan berat badan berlebihan:

• Penyakit jantung

• Serangan jantung

• Tekanan darah tinggi

• Strok

• Diabetes jenis 2

• Asma

• Kanser payudara

• Kanser kolon

• Demensi

Berita Harian X