Khamis, 10 November 2022 | 10:39am
Sudah menjalani lebih 30 suntikan dan pembedahan bibir. - Foto/@andrea88476
Sudah menjalani lebih 30 suntikan dan pembedahan bibir. - Foto/@andrea88476

Tak serik cucuk, walau bibir dah macam disengat tebuan

Ingin tampil seperti patung Barbie. Namun, kalau caranya tidak kena dan berlebihan penampilan itu menjadi lebih hodoh pada pandangan umum.

Bagi wanita dari Sofia, Bulgaria, Andrea Ivanova, 25, yang sudah menjalani lebih 30 kali suntikan asid untuk mendapatkan 'bibir terbesar di dunia', merancang menjalani lebih banyak pembedahan bagi memenuhi impian itu.

Andrea mendakwa telah mencipta rekod dengan melakukan sejumlah besar suntikan asid hyaluronik di bibirnya.

Andrea tidak hirau diberi amaran untuk hentikan lakukan pembedahan elak berisiko maut. - Foto @andrea88476
Andrea tidak hirau diberi amaran untuk hentikan lakukan pembedahan elak berisiko maut. - Foto @andrea88476

Pempengaruh sosial itu digelar 'wanita dengan bibir terbesar di dunia' dan mempunyai lebih 20 juta pengikut kerana penampilannya yang melampau.

Menulis di Instagram, @andrea88476, dia mendakwa sudah mencipta rekod sudah melakukan 30 suntikan asid hyaluronik di bibirnya menjadikan bertambah montok.

Setakat ini, dia sudah membelanjakan sebanyak £8,000 (RM42,632) untuk menjalani pembedahan bibir.

Dia sebelum ini berikrar bahawa tiada apa yang akan menghalangnya daripada membesarkan bibirnya dengan lebih besar lagi, walaupun bibirnya sudah sangat besar sehingga hampir menyekat lubang hidungnya.

Andrea juga sudah 'membesarkan' pipinya dan 'membentuk' dagu dan rahangnya serta memanjangkan muka. Dia membentuk semula dengan 'filler' untuk menampakkan wajah berbeza.

Selain itu, Andrea, sedang berusaha memecahkan rekod baharu, dengan suntikan pada bahagian dagu supaya kelihatan lebih runcing.

Doktor sudah memberi amaran prosedur kosmetik dilakukannya itu boleh berisiko membawa maut, namun tidak pernah dikisahkan oleh Andrea.

Selain bibir, pembedahan dilakukan untuk membentuk rahang dan wajah runcing dan membesarkan payudara. - Foto @andrea88476
Selain bibir, pembedahan dilakukan untuk membentuk rahang dan wajah runcing dan membesarkan payudara. - Foto @andrea88476

Andrea juga merancang untuk membesarkan payu daranya di Turki atau Jerman.

Sebelum ini, saiz payudaranya daripada 75C dibesarkan kepada 75E, dan kini bercadang mahu membesarkan lagi kepada saiz H.

Andrea yang terlalu obses dengan kecantikan mendakwa peminatnya sering ingin membayar tiket kapal terbang untuk dia bercuti dan bertemu mereka.

"Saya telah melakukan semua intervensi dan prosedur saya di bandar tempat saya tinggal, di Bulgaria, tetapi saya bercadang untuk menjalani pembedahan seterusnya untuk payudara yang lebih besar dilakukan di Turki atau di Jerman, kerana terdapat pakar yang agak baik di negara itu," katanya.

Andrea berkata, ramai wanita pergi ke luar negara untuk mendapatkan pembedahan plastik kerana kadang-kadang di negara terbabit ada pakar bedah plastik dan klinik yang lebih baik.

"Sudah tentu, ada wanita yang pergi ke negara lain untuk pembedahan plastik untuk menjimatkan wang.

"Bagi saya harga bukanlah perkara utama, kerana saya fikir, pertama kita harus menyelidik di mana dan jenis pakar apa yang ada dalam bidang pembedahan plastik, sama ada mereka bersedia untuk memenuhi kehendak kita," katanya. .

Bercakap kepada Daily Star, Andrea berkata: "Setiap hari ramai peminat yang berbeza dari seluruh dunia menghantar saya beribu-ribu mesej di rangkaian sosial.

"Mereka menjemput saya untuk bercuti ke seluruh benua, tetapi saya tidak pergi bercuti dengan peminat saya lagi, tetapi mungkin suatu hari nanti saya akan pergi." katanya.

Andrea kini sering mengembara atas sebab lain walaupun termasuk hobi utamanya adalah menyanyi dan melakukan pembedahan.

Dia menjelaskan: "Saya melancong ke luar negara sambil menyertai pertandingan nyanyian dan festival. Buat masa ini, destinasi kegemaran saya ialah Turki dan Greece, di mana saya banyak kali ke bandar yang berbeza.

AGENSI

Berita Harian X