Selasa, 9 Ogos 2022 | 10:03am
Berjalan dan bersenam antara cara terbaik untuk mengekalkan tubuh ideal. - Gambar hiasan
Berjalan dan bersenam antara cara terbaik untuk mengekalkan tubuh ideal. - Gambar hiasan

Petua kekal langsing, tubuh ideal

SETIAP wanita menginginkan memiliki wajah dan sosok tubuh yang menarik, sempurna dan mengiurkan.

Tubuh ramping atau langsing mungkin sukar dikekalkan, terutama semakin meningkat usia berat badan semakin berisi dan silap percaturan menjadi obes jika gagal mengamalkan gaya hidup sihat.

Justeru, yang penting seharusnya mengutamakan amalan diet yang betul, bersenam, tidur tepat pada masanya, mengekalkan hidrasi diri, selain bijak menguruskan tekanan adalah beberapa perkara penting perlu diikuti jika seseorang ingin menurunkan berat badan.

Perkara paling penting menentukan sama ada pelan penurunan berat badan akan berjaya atau sebaliknya.

Anda boleh mendapatkan pelan diet terhebat daripada pakar diet, tetapi tidak mendapat hasil yang diingini jika gagal melakukan perancangan secara konsisten.

Inilah punca utama dihadapi oleh ramai wanita. Apabila mereka tidak dapat mengikuti pelan diet jangka panjang yang sihat, mereka beralih kepada diet trend terkini, yang lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Kawal pemakanan

Makan satu hidangan boleh membawa kepada satu masalah terutama menu hidangan yang kurang sihat, seperti makanan manis, tinggi kalori dan karbohidrat.

Jadi, jika gagal kawal tetapkan sesuatu hidangan seimbang setiap kali menjamu makanan, maka sepanjang hari hingga hujung minggu dan seterusnya anda akan gagal memenuhi sasaran menurunkan berat badan.

Semua orang boleh menurunkan berat badan dan mengekalkannya hanya jika mereka konsisten dengan rancangan diet dan tabiat gaya hidup yang lain.

Menu makanan lengkap seperti mengandungi sayur-sayuran antara amalan diet seimbang yang lengkap. - Gambar hiasan
Menu makanan lengkap seperti mengandungi sayur-sayuran antara amalan diet seimbang yang lengkap. - Gambar hiasan

Makan makanan lengkap meliputi sayur-sayuran, bersenam dengan kerap, tidur tepat pada waktunya, aktif setiap hari, kurangkan bilangan makanan kurang sihat dan belajar untuk mengatakan TIDAK kepada sekeping kek, contohnya pasti akan akan tersenyum lebar dengan matlamat untuk menguruskan badan.

Namun ingat, ini juga bukan tentang mengatakan tidak setiap kali jika anda gagal mengawal dan melihat makanan yang lazat. Tetapi, ini tentang kembali ke landasan (makan dengan betul), sejurus selepas makan seterusnya.

Petua nak jadi cantik

Untuk memudahkan dan kembali ke landasan yang betul, fokus pada satu perkara pada satu masa dan tetapkan matlamat yang lebih kecil dan boleh dicapai.

Sayangi tubuh anda. Dengan tidak bersikap keras pada badan dan menyedari bahawa jatuh bangun adalah sebahagian daripada segala-galanya, anda akan mempunyai minda yang lebih baik, tidak berasa bersalah dan kembali ke landasan yang betul dengan muda.

Berita Harian X