Rabu, 25 Ogos 2021 | 12:58pm
Sempena kempen Keindahan Merdeka, Habib mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 diilhamkan spesies rama-rama indah. Foto Ihsan Habib
Sempena kempen Keindahan Merdeka, Habib mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 diilhamkan spesies rama-rama indah. Foto Ihsan Habib
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj. - Foto/Ihsan Habib
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj. - Foto/Ihsan Habib

Koleksi Wafer Emas sempena Hari Merdeka

KUALA LUMPUR: Habib Jewels (Habib) menggunakan rama-rama sebagai inspirasi bagi kempen Keindahan Merdeka, bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-64, pada 31 Ogos ini.

Serangga itu digunakan sebagai menterjemahkan semangat bersatu dan berjuang rakyat di negara ini untuk mencapai sesuatu yang lebih baik meskipun dalam suasana pandemik COVID-19.

Pada masa sama, bersempena Keindahan Merdeka, Habib akan mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada spesies rama-rama Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sri Meer Habib, berkata koleksi ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan rama-rama itu.

"Spesies rama-rama yang terpilih dalam koleksi ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempesonakan serta boleh dijumpai di Semenanjung dan Borneo.

"Melalui kempen ini, Habib turut memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan daripada rama-rama dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose serta disediakan dalam jenis-jenis emas 22 karat (K), 18K dan 14K," katanya.

Habib juga turut membawa kelainan melalui kolaborasinya bersama pelukis tempatan berbakat, Najib Bamadhaj yang menggunakan kreativitinya dalam menyampaikan makna kemerdekaan melalui karya dihasilkannya.

Setiap karya Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan unik, bersesuaian tema kempen Merdeka Habib bagi menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.

Meer Habib, berkata pandemik COVID-19 yang memberi impak sangat besar kepada kehidupan hari ini seharusnya membuatkan erti 'kemerdekaan' lebih dihargai.

Katanya, keadaan terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh lama bagi mengawal penularan pandemik ini tentunya mengajar rakyat di negara ini untuk bangkit lebih kuat bagi mengharungi cabaran ini bersama.

"Dengan peningkatan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan ini dapat membantu masyarakat untuk kembali meneruskan kehidupan.

"Tentulah masyarakat lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini, rama-rama dijadikan metafora paling sesuai bagi menggambarkan perjalanan kehidupan rakyat Malaysia dalam suasana pandemik ini," katanya.

Berita Harian X