Isnin, 13 Julai 2020 | 6:44pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kes keganasan rumah tangga tinggi ketika PKP

SHAH ALAM: Selangor merekodkan 90 kes keganasan rumah tangga sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata berdasarkan rekod itu, kes keganasan rumah tangga meningkat pada Mac hingga April lalu berbanding tempoh sebelumnya.

"Kawasan Kota Anggerik mencatatkan kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Bukit Gasing (tujuh) dan Bukit Lanjan (empat).

"Jumlah panggilan talian khas bantuan keganasan yang kita jalankan dengan kerjasama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) juga dilihat meningkat apabila rekod Mac menunjukkan 361 panggilan dan April (898) berbanding Januari (266) dan Februari (250)," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Dr Siti Mariah (Amanah-Seri Serdang) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan) berhubung kes keganasan rumah tangga di negeri ini.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah turut mengingatkan wanita di negeri ini supaya mengetahui hak masing-masing dan mendapatkan bantuan sekiranya terus dikasari pasangan mereka.

Persidangan DUN bersambung esok. - BERNAMA

Berita Harian X