Khamis, 19 Januari 2023 | 9:54am
Anak yatim teruja dapat bermain Go-Kart bertujuan beri pendedahan awal bidang automatif.
Anak yatim teruja dapat bermain Go-Kart bertujuan beri pendedahan awal bidang automatif.
 Anak yatim dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal bersama penganjur selepas menyertai aktiviti amal berkonsepkan Go-Kart
Anak yatim dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal bersama penganjur selepas menyertai aktiviti amal berkonsepkan Go-Kart

Anak yatim teruja sertai aktiviti Go-Kart

KUALA LUMPUR: Lebih 15 anak yatim dari Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal teruja apabila berpeluang menyertai aktiviti Go-Kart, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, baru-baru ini.

Acara amal berkonsepkan Go-Kart untuk anak yatim dari persatuan itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal selain menarik minat mereka mengenai bidang automotif.

Ketua projeknya, Zizie Zulieyana Zainuddin, berkata usaha ini yang disertai dengan pelbagai aktiviti dilihat berupaya memberi impak besar kepada anak-anak yatim ini mengenai bidang yang boleh diteroka pada masa hadapan.

"Selain program Go-Kart Ride yang menjadi tarikan utama, Formula Kids juga menyediakan permainan papan bersaiz manusia yang menyeronokkan selain pelbagai jualan turut diadakan pada hari berkenaan.

"Pada masa sama, acara Formula Kids juga berjaya mengumpulkan dana sumbangan selain memberi keterujaan kanak-kanak meminati bidang sukan," katanya.

Acara Go-Kart ini dianjurkan oleh pelajar pelajar tahun akhir Perhubungan Awam Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM dan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

Zizie berkata, selain dapat memberi impak positif kepada anak-anak yatim, dalam masa yang sama pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan membuat perhubungan dan meningkatkan kreativiti visual mereka.

"Ini adalah program Go-Kart yang pertama diadakan di UiTM dan berharap akan ada lebih banyak program bermanfaat dapat dianjurkan untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan," katanya.

Berita Harian X